Quantcast
Channel: RESEPI NENNIE KHUZAIFAH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 353

Sambal tempoyak pucuk kayu

$
0
0
Alhamdulillah sedap . Di kampung suami saya di Kuala Klawang , Negeri Sembilan bila musim durian memang sambal tempoyak pucuk kayu ni akan jadi menu utama bila makan nasi . First time saya makan terus suka , sedap yaamatt laaaa... so saya pun belajar dengan mak mertua macam mana nak masak sambal tempoyak ni sebab suamiku memang suka sangat . Bila makan nasi mesti bertambah bila ada sambal tempoyak ni , makan pula dengan ikan masin usihhhh memang sodap la...


BAHAN-BAHAN :

1 ikat pucuk ubi - ambil pucuk yang muda saja
4 helai pucuk daun kunyit
10 helai pucuk kaduk - yg pucuk muda saja
5 batang serai- dimayang nipis
5 papan petai - ambil buah petai saja
2 genggam ikan bilis - bersihkan
5-6 sudu besar tempoyak atau secukupnya 
pati santan secukupnya
garam secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili hidup - boleh tambah
1 inci kunyit hidup

* Tambah atau kurangkan bahan ikut selera sendiri , saya tak tambah asam keping atau pun gula sebab tempoyak ni dah cukup masak manisnya .

CARA MASAK :

- pilih pucuk ubi sahaja , daun kunyit , pucuk kaduk , serai dan di bersihkan semuanya kemudian dihiris halus-halus supaya bila dimasak cepat empuk terutama serai . Semua ikan bilis dibasuh dan ditumbuk hancur .

- Masukkan santan dengan bahan ditumbuk , ikan bilis ke dalam kuali serta dikacau rata dan masak santan ni sampai mendidih . Masukkan semua pucuk ulam dan dikacau dan dibiarkan masak sehingga empuk . Masukkan tempoyak secukupnya bersama garam secukup rasa . Kacau lagi sehingga sambal mendidih dan masak . Boleh la ditutup api dapur dan biarkan sambal sejuk dahulu sebelum dihidangkan . Bahan-bahan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa sendiri .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 353