Quantcast
Channel: RESEPI NENNIE KHUZAIFAH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 353

Tumis asparagus sos cream

$
0
0
Ini la cara masak sayur asparagus yang menjadi kegemaran kami sekeluarga especially anak-anak . Resepi sayur asparagus ni saya dapat dari internet dan saya sudah ubah suai mengikut citarasa kami sekeluarga .  Sayur asparagus ni sangat sedap bila diganding kan dengan sos cream dan kepingan ayam meatloaf . Boleh juga di guna daging atau isi ayam untuk mengantikan kepingan meatloaf . Sayur asparagus hanya perlu dimasak sekejap saja supaya kekal ranggup jika terlebih masak akan menyebabkan sayur asparagus menjadi lembik dan dah tak sedap dimakan . Menu ni sesuai dimakan bersama ayam panggang atau daging panggang .


BAHAN-BAHAN :

30 batang asparagus
1 peket meatloaf ayam 
sedikit daun bawang dan daun sup
sedikit air masak

SOS KEJU :

2 ulas bawang putih
1/2 cawan cream
1 sudu besar butter
1 sudu besar minyak zaitun 
lada hitam secukup rasa

Kuantiti bahan boleh diubah suai mengikut citarasa sendiri .

CARA MASAK :



Bersihkan semua asparagus , dipatah buang bahagian bawah yang keras dan ambil bahagian batang yang lembut . Bersih sedikit daun sup dan daun bawang kemudian diracik nipis dan ketepikan dulu 

Kupas kulit semua bawang putih dan di cincang kecil . Panas kan 1 sudu besar butter bersama 1 sudu besar minyak zaitun dalam frying pan dan masukkan semua bawang , goreng sampai bawang menjadi layu dan berwarna kuning keperangan . Masukkan semua daun sup dan daun bawang yang diracik tadi dan kacau semua bahan sampai daun sup/bawang menjadi layu . Terus masukkan semua meatloaf yang dipotong kecil tadi , boleh ditambah minyak zaitun jika frying pan kelihatan agak kering . Goreng meatloaf sampai masak agak garing .

Masukkan semua sayur asparagus dan balik-balik kan sayur asparagus dengan kepingan meatloaf tadi , masukkan sedikit air dan garam/serbuk lada hitam secukupnya kacau semua bahan dan tutup frying pan dengan penutup , perlahan kan api dapur api dapur . Selepas 20-30 saat buka penutup frying pan dan terus tuang cream dan perlahan-lahan kacau semua bahan , rasa sos jika kurang masin baru tambahkan garam . Bila sos dah mendidih cepat tutup api dapur dan terus hidangkan sayur asparagus ni . Boleh ditambah air atau cream mengikut citarasa sendiri .

Cara masak sayur asparagus ni adalah sangat pantas untuk memastikan sayur asparagus kekal ranggup . Proses masak sekitar 2-3 minit saja , paling penting saat akhir selepas asparagus dimasukkan dalam frying pan dan semasa cream dituang , kita perlu pantas mengadun bahan dan tahu bila asparagus sudah masak .

Batang asparagus yang saya beli di Cameron Highland , secekak baru RM5 murah laaa . Saya beli 3 cekak untuk kami sekeluarga , alhamdulillah segar dan sedap asparagus ni .


Tangan kiri pegang asparagus pada bahagian tengah dan 2 jari di tangan kanan pegang hujung asparagus kemudian secara perlahan cuba bengkokkan asparagus ni , secara automatik batang asparagus akan melengkung dan patah pada bahagian lembut . 


Bahagian batang bawah yang keras dibuang dan kita ambil bahagian yang lembut , ni adalah cara mudah untuk memilih bahagian asparagus yang boleh dimakan . Tak perlu guna pisau untuk potong batang asparagus . Batang asparagus ni boleh dipatah 2 atau 3 bahagian ikut pada cara kita masak .



Saya guna chicken meatloaf yang halal dan jenama ni senang di jumpai di mana-mana pasaraya di Malaysia . Boleh juga diguna isi ayam atau daging terpulang pada citarasa sendiri .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 353