Quantcast
Channel: RESEPI NENNIE KHUZAIFAH
Viewing all 353 articles
Browse latest View live

Masak lemak cili api kepah kacang panjang

$
0
0
Selamat menyambut hari Malaysia dan juga cuti sekolah . Cuti panjang ni mesti ramai yang balik kampung atau pergi bercuti . Saya dan famili hanya bercuti di rumah sahaja sebab banyak juga kerja/projek yang nak dibuat . Setakat hari ni kami dah dapat siap kan projek nak cat bilik anak , bersihkan laman/garden saya dan insyallah sampai hujung minggu ni ada beberapa lagi projek jahitan yang saya nak siapkan . Hari ni saya share resepi yang simple tapi sedap , alhamdulillah . Senang nak masak lemak kepah ni dan boleh juga di ganti dengan kerang atau siput lala . Menu simple macam ni selalunya saya makan dengan nasi dan lauk ikan goreng atau ayam goreng , sambal belacan dan ikan masin .



BAHAN-BAHAN :

1 kg kepah - di bersihkan
4-5 cawan pati santan - kalau kurang boleh tambah
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih 
2 cm kunyit hidup
7 - 10 biji cili api
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap
1 batang serai saiz besar - dititik
1 helai daun kunyit - disiat
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

1. Bersihkan bawang merah , kunyit hidup  , cili api dan putih kemudian ditumbuk lumat . Bersihkan kepah di tos dan ketepi kan dulu . Bersihkan kacang panjang dan di potong serong . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama ikan bilis, daun kunyit , serai dan garam . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .


2 . Masukkan semua kepah ke dalam periuk dan garam secukup rasa . Gaul semua bahan dan biarkan sampai kepah masak , kacau sekali-sekala . Masukkan semua kacang panjang dan dikacau semua bahan , bila dah masak boleh la ditutup api dapur.


Sarapan pagi - kuehtiow goreng

$
0
0
Alhamdulillah , selamat bersarapan pagi..


BAHAN-BAHAN :

1 peket kuey teow- dilerai-lerai
400 grm sotong , dibersihkan
200grm isi ayam
1 peket fish cake
1 ikat sawi batang putih
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 biji telur
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos Thai - nampla
Sedikit minyak bijan

Kalau tak masin boleh ditambah kicap - ikut pada citarasa masing-masing. Bahan-bahan boleh ditambah atau kurang mengikut selera sendiri . 

CARA MEMASAK :-

Kupas semua bawang dan tumbuk lumat . Bersihkan sotong dan dipotong kecil , bersihkan isi ayam dan dipotong kecil . Potong fish cake dan bersihkan sayur sawi dan dipotong kecil , ketepikan dulu semua bahan-bahan rencah ni .

Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dengan cili kisar dan biar sampai cili cukup masak . Masukkan daging ayam dan dikacau sampai isi ayam masak , kemudian masukkan fish cake serta dikacau semua bahan . Buatkan ruang kecil di tengah kuali dan masukkan semua telur serta kacau semua bahan bagi sekata .

Masukkan sos tiram , sos cili , kicap cair , sos nampla dan kicap manis dan gaul . Masukkan sayur sawi dan kacau lagi .

Bila sayur agak layu terus masukkan semua kueh teow . Kacau semua bahan sehingga rata dan mesra . Boleh la ditutup api dapur bila kueh teow dah masak .

Bila goreng kueh teow saya akan guna api dapur yang paling besar dan kueh teow ni dimasak/goreng dengan cepat supaya kueh toew tak jadi hancur kalau terlampau lama dikacau .

Sambal tumis ikan sardin ubi kentang

$
0
0
Lagi resepi ringkas dan mudah nak di masak ^_^ senang dimasak dan sedap di makan . Ikan sardin tin ni kalau dimasak sambal tumis mmg sangat sedap lagi best kalau dicampur ubi kentang . Makan nasi mesti bertambah ^_^ 


BAHAN-BAHAN :-

1 tin ikan sardin saiz paling besar
1 biji bawang besar - dipotong kecil-kecil membulat
2 sudu besar cili kisar - boleh tambah
3 biji ubi kentang
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :-

1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
5 biji cili api
1 inci belacan

CARA MEMASAK :-

- Bersihkan ubi kentang dan dipotong kecil kemudian di goreng sampai masak . 

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu kemudian masukkan cili kisar secukupnya . Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

- Masukkan bawang besar , gula dan dikacau sekali sekala semua bahan. Masukkan air asam jawa kemudian terus kacau sambal . Selalunya saya akan masukkan 1 sudu kecil gula dalam sambal ikan ni untuk bagi seimbang dgn rasa pedas .

- Bila sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh dimasukkan semua ikan sardin tin . Rasa garam jika kurang boleh ditambah dan gaul semua bahan supaya menjadi sekata dan boleh la ditutup api dapur . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

Tumis kicap ikan jenahak

$
0
0
Cara masak untuk ikan jenahak yang sangat simple . Di rumah saya menu ikan yang di masak macam ni memang paling digemari oleh anak-anak saya , alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN :-

1 ekor ikan jenahak - 1 kg
2 ulas bawang putih - diracik halus
1 biji bawang besar - diracik
1 inci halia muda - dimayang halus
4 sudu besar kicap cair - boleh tambah
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
air secukupnya - anggaran 3/4 cawan utk kuah
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :-

- Bersihkan ikan serta digaul dengan garam serta kunyit kemudian digoreng sehingga masak . angkat ikan dan ditos .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah diracik halus dan kacau sampai layu kemudian masukkan kicap cair , kicap manis , sos tiram , minyak bijan dan dikacau . Masukkan air kosong secukupnya utk kuah kemudian biarkan sampai kuah mendidih .

- Boleh dimasukkan isi ikan yang sudah digoreng tadi serta garam dan kacau rata . Rasa garam jika kurang boleh ditambah dan gaul semua bahan supaya menjadi sekata dan boleh la ditutup api dapur . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

Kita sabar saja la

$
0
0
"kita sabar saja la , ALLAH itu maha mengetahui ", jangan kita balas apa saja perbuatan yg tidak baik dan fitnah yang mereka dah buat pada kita . Kita diam saja dan terus kan kehidupan kita ni , sesungguhnya orang yang sabar itu insyallah tidak akan rugi - itu la kata-kata semangat dari insan yang sangat kenal diri ni  . Syukur alhamdulillah sampai saat ni aku masih kuat menghadapi apa saja dugaan . Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmahnya dan menjadi pengajaran dan juga iktibar buat diri kami . 

Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah sikap mereka itu . Apa yang di cari mereka itu , ada saja yang tak betul pada manusia lain . Mereka ni tak cuba muhasabah diri dan fikir tentang kekurangan diri serta sikap negatif mereka itu , cuba la bawa berubah bertaubat sebab hidup ni pengakhirannya ada la mati , apa kah bekalan yang kita nak bawa ke alam sana , ada kah pahala atau dosa .

Ya ALLAH , jauhkan la kami sekeluarga dari niat jahat manusia , fitnah manusia , manusia yg hipokrit , manusia yang suka mengadu-domba dan manusia yang suka mengumpat .


Fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh (manusia yang tak bersalah), Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. (Q.S. al-Baqarah: 217)


“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10) 

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah dari kebanyakan sangkaan, karena sesungguhnya sebahgian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.” (Q.S. al-Hujurat: 12) 

 “Wahai orang-orang beriman! Janganlah kaum lelaki menghinakan kaum lelaki yang lain, karena boleh jadi yang dihinakan itu lebih baik daripada orang yang menghina. Dan janganlah kaum wanita menghina wanita yang lain, boleh jadi yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina. Janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik setelah beriman. Sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim.” (Q.S. al-Hujurat: 11) 

Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. al-Hujurat: 6)

Grill udang mantis

$
0
0
Udang mantis ni saya beli masa pergi Pantai Remis . Memang fresh udang mantis dan saiz pun besar , harga pun murah sekilo RM10 . Saya hanya grill udang mantis dan kami makan macam tu saja isi udang mantis yang sedap dicicah dengan sos cili Thai . Cara nak bersihkan udang ni pun sangat mudah , hanya perlu dipotong bahagian penyepit depan kemudian udang mantis ni dicuci bersih dan ditos . Kemudian udang digaul dengan garam dan kunyit . 

Saya guna grill pan yang diletak sedikit saja minyak dan masa grill udang ni saya guna api yang sederhana besar , grill pan perlu ditutup supaya udang cepat masak . Tak perlu grill lama sangat sebab udang mantis ni cepat masa , kalau grill lama nanti isi udang jadi kering dan liat .

Udang mantis yang sudah dimasak , yum yum memang sedap 


Macam ni la cara nak makan udang mantis , kulit udang ni agak tebal so memang kena guna gunting dapur bila nak keluarkan isi udang . Saya potong bahagian tepi badan udang ni dan dari sisi tepi kulit saya kopek kulit udang ni perlahan-lahan sampai ke bahagian ekor udang .


Ni la isi udang mantis yang sangat sedap , rasa macam isi ketam . Rasanya cukup manis dan sedap dimakan macam tu saja atau dicicah dengan sos cili .


ni la udang mantis atau udang lipan . 

Sambal petai ikan bilis

$
0
0
Alhamdulillah cukup sedap sambal tumis petai yang dicampur denagn ikan bilis ni


BAHAN-BAHAN :-

1 cawan ikan bilis - saiz sederhana dan lembut
1 cawan petai
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
Air asam jawa secukupnya rasa
gula dan garam secukup rasa 

BAHAN-BAHAN DITUMBUK KASAR :-

1 ulas bawang putih
3-4 biji bawang merah
1 sudu kecil belacan bakar

CARA MEMASAK :-

- Bersihkan ikan bilis dan ditos serta diketepikan dulu , saya guna ikan bilis saiz sederhana yang lembut . Kopek petai ambil isi . Potong bawang besar nipis-nipis dan diketepikan dulu .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu dan terbit bau wangi . Kemudian masukkan ikan bilis tadi dan kacau lagi sampai ikan bili masak dan agak garing . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

- Masukkan bawang besar , garam dan gula secukup rasa dan dikacau sekali sekala semua bahan. Masukkan semua petai dan air asam jawa secukupnya kemudian terus kacau sambal . kacau semua bahan dan boleh dirasa jika ada bahan kurang boleh ditambah ikut selera sendiri .

-  Bila dah masak boleh la ditutup api dapur . 



Juadah minum petang - cucur jagung

$
0
0
Alhamdulillah ,secukup rasa untuk santapan kami sekeluarga .


BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung gandum
2 batang jagung - boleh tambah
4 sudu besar udang kering -boleh tambah
1 biji bawang besar
1 biji telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Air secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Boleh ditambah 1 biji cili hidup yang ditumbuk lumat jika mahu cucur pedas

CARA MEMASAK :

- Rendam udang kering sampai kembang dan tumbuk lumat . Potong jagung ketepikan dulu . Potong bawang besar dan campurkan bersama bahan tumbuk serta digaul rata kemudian  masukkan air sedikit demi sedikit , digaul rata . Masukkan jagung , telur , udang kering dan digaul rata semua bahan-bahan ni , pasti adunan jangan terlalu cair . Rasa adunan ni kalau jika kurang masin boleh la di tambah garam lagi .

- Panaskan minyak secukupnya dan boleh la digoreng adunan cucur sampai masak kekuningan . Angkat cucur dan tos ketepikan dulu . Bila dah sejuk boleh la dihidang dengan sos cili atau kuah kacang .

Sup kobis cina campur suuhun/fucuk

$
0
0
Lagi satu resepi ringkas dari saya , cepat dimasak sedap dimakan . Sup sayur macam ni sangat sedap di makan dengan nasi kemudian ada ikan masin sepat dan ayam goreng serta sambal belacan , yum yum .


BAHAN-BAHAN :

500 grm sayur kobis cina
1 peket campuran suuhun/fucuk - boleh tambah
air secukupnya
Sedikit minyak utk menumis

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 genggam ikan bilis
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sayur kobis cina dan dipotong kecil  , ketepikan dulu . Bersihkan ikan bilis dan direndam sekejap kemudian ditos dan ditumbuk semua bersama bawang putih serta bawang merah . Rendam suhun dan fucuk dlm bekas yg sesuai dan biarkan sampai suhun/fucuk kembang . kemudian tos dan ketepikan dulu .

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan air secukupnya . Biarkan kuah mendidih dan masukkan sayur kobis cina , rasa kuah sup jika kurang masin baru ditambah garam . bila sayur dah masak boleh  dimasukkan suuhun/fucuk dan dikacau sekejap kemudian terus tutup api dapur . Tutup periuk nanti suuhun/fucuk akan masak dalam sup yang panas .

Anggun dan Wanginya Evelyn

$
0
0
Bunga ros dari taman saya , bunga ros evelyn ni sangat-sangat wangi serta sangat-sangat cantik .






Salad ubi kentang yukon

$
0
0
Ubi kentang yukon ni memang sangat sedap sebab isinya manis dan bila dah masak ubi kentang ni tak mudah pecah atau menjadi lembik . Kombinasi dressing salad yang masam masin sangat sesuai dengan isi ubi kentang ni yang manis . Nak buat salad ni pun sangat mudah , saya google beberapa jenis resepi dan saya buat dressing sendiri guna cuka balsamic dan minyak zaiton , boleh juga dicampur dengan cili capsicum yang dipotong kecil .


BAHAN-BAHAN :

6 biji ubi kentang - direbus dan dipotong dadu sederhana besar.
1 biji bawang merah - diracik kecil

DRESSING SALAD :

4 sudu besar minyak buah zaitun/olive oil
2 sudu kecil cuka balsamic
Garam/gula/black pepper secukup rasa

* Semua bahan ini di campur dalam bekas bertutup dan digoncang sampai sebati .

CARA PENYEDIAAN SALAD:

- Bersihkan ubi kentang dan dipotong kecil tak perlu kupas kulit , kemudian masak air dalam periuk sampai mendidih dan boleh dimasuk semua ubi kentang tadi dan sedikit garam . Masak ubi kentang sampai empuk , angkat dan di tos.



- Masukan semua ubi kentang dan bawang besar dalam bekas yang sesuai . Tuangkan dressing ke dalam mangkuk ini dan gaul semua bahan supaya menjadi rata . Boleh ditambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

Salad ubi macam ni sedap dimakan dengan ayam atau ikan salmon grill .


Ubi kentang yukon

Dinner semalam - ayam grill

$
0
0
Syukur alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

5 bahagian peha ayam
2 sudu kecil serbuk lada hitam - ditumbuk lumat
2 sudu besar Italian mix herbs
6 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
4 sudu besar seasoning Maggi - botol kecil
Olive oil secukupnya
Mentega secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MASAK :

Ayam dibersihkan serta dikelar-kelar kemudian ayam digaul rata dengan mix italian herbs , bawang putih , lada hitam , garam secukupnya dan sedikit minyak zaitun dan perap selama 6 jam , simpan dalam peti sejuk dulu . Resepi ini boleh dikurang atau ditambah bahannya ikut pada kesesuaian selera kita dan kalau ayam besar kuantiti bahan pun kena ditambah .

- Panaskan grill pan dan oleskan pemukaan grill pan dengan 1-2 sudu besar butter , bila butter dah cair boleh la diletakkan 2-3 peha ayam kemudian tutup grill pan , guna api sederhana besar . Kena selaly check ayam dan boleh lah di balik-balikkan ayam sampai kesemua bahagian ayam masak dengan elok . dah masak boleh la dihidangkan dgn salad dan chicken gravy.


Yumyum alhamdulillah....

Gratin brokoli & bunga kobis

$
0
0
Alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

500 grm bunga kobis 
500 grm brokoli

SOS KEJU :

500 ml susu
1/2 cawan cream
1 biji bawang bombay
1 helai daun bay - besar
4 sudu besar butter
1 sudu besar minyak zaitun 
3 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan parutan keju parmesan
3/4 cawan keju campuran keju monzarella
garam secukup rasa
lada hitam secukup rasa


CARA MASAK :


Masak air dalam periuk dan di masukkan secubit dua garam , bila air dah mendidih boleh diperlahan kan api dan celur brokoli yang sudah di potong . Kacau dan biarkan sampai brokoli separa masak - batang dan daun brokoli masih berwarna hijau ( jgn celur brokoli sampai lembut atau lembik ) . Angkat dan tos brokoli dan dibasuh di bawah air paip utk henti kan proses masak .

Bunga kobis juga dicelur separa masak dan diangkat dan dibasuh di bawah air paip kemudian di tos serta diketepikan dulu. Jangan celur bunga kobis sampai lembut . Susun bunga kobis dan brokoli yg sudah dicelur ke dalam bekas yang sesuai .

Kupas kulit bawang Bombay dan diracik kecil . Panas kan sedikit minyak dalam frying pan dan masukkan semua bawang , goreng sampai bawang menjadi layu dan berwarna kuning keperangan , terus tutup api dapur dan angkat semua bawang itu , ketepi kan dulu .

Panas kan 4 sudu besar butter dalam periuk  . Masukkan 3 sudu tepung gandum dan terus kacau semua bahan sampai tepung bertukar warna menjadi kuning keperangan , guna kan api dapur yang kecil dan pasti kan tepung tidak hangit kemudian masukkan semua susu bersama semua cream , daun bay , 4 biji lada hitam ke dalam periuk yang sesuai , bila dah mendidih terus tutup api dapur dan masukkan semua keju parmesan bersama bawang yang digoreng tadi , masukkan garam secukup rasa dan di kacau semua bahan . Ketepikan dulu sos butter ni .

Tuang semua sos ni pada pemukaan sayur brokoli dan bunga kobis tadi dan goyang-goyang mangkuk dan gaul rata supaya sos ni dapat turun/memenuhi semua bahagian sampai ke dasar mangkuk . Tabur keju monzarella secukupnya pada pemukaan sayur brokoli dan bunga kobis . Bakar selama 25-30 minit dalam oven sehingga pemukaan atas gratin bertukar warna menjadi kuning keperangan .

Gravy ayam

$
0
0
Alhamdulillah saya dapat masak gravy untuk ayam panggang , sebelum ni saya selalu guna serbuk gravy yang di beli . Kali ni saya cuba masak sendiri so lepas google macam-macam jenis cara nak masak gravy , saya cuba satu resepi , agak mudah nak masak gravy ayam ni dan rasanya alhamdulillah sedap menetapi cita rasa kami sekeluarga ^_^


BAHAN-BAHAN SOS :

 3 sudu butter
3 sudu tepung gandum
2 cawan stock/sup ayam
1 cawan susu full cream
1 cawan stock/sup ayam
1/2 cawan cream
Serbuk lada hitam secukupnya
sos seasoning maggi secukup rasa
Garam secukup rasa

Jangan dibasuh grill pan yang diguna untuk grill ayam tapi pastikan tiada ketulan isi ayam atau butter yang hangit , jika ada buang . Lelehan jus dan minyak dari ayam serta butter utk menumis akan memberi perisa pada sos/gravy . 

CARA MEMASAKNYA :

1) Cara buat stok ayam : Bersihkan 1 rangka ayam dan dipotong kecil kemudian masukkan dalam periuk yg sesuai kemudian masukkan 2 cawan air . 2 helai daun bay , separut bawang bombay yg di racik dan sedikit garam . Masak sampai mendidih . 

2) Panas kan semua butter dalam grill pan yang diguna untuk grill ayam dan biarkan sampai butter cair . Kemudian terus masukkan  stock/sup ayam , susu , serbuk lada hitam secukupnya dan garam . Kacau semua bahan dan boleh la dimasukkan cream secukupnya dan sos seasoning jenama Maggi . Biar sos mendidih dan sedap ikut selera sendiri boleh la di tutup api dapur ni .

Saya guna semula grill pan yang saya guna untuk grill ayam . 

Kesukaan anak-anak -nasi tomato

$
0
0

BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras basmathi
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 helai daun pandan - disimpul & ikat
3 sudu besar tomato puree - boleh ditambah 1 sudu lagi
2 biji buah tomato masak ranum - dipotong kecil-kecil
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa

BAHAN TUMISAN :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 cm halia
3 biji buah pelaga
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih

CARA MEMASAK :

Bersihkan beras basmathi dan rendam beras selama 1 jam . Bila cukup sejam beras ni di tos serta di ketepi kan dahulu . Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus kemudian buah tomato dipotong kecil-kecil .

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi dan semua bawang menjadi layu kekuningan kemudian masukkan buah tomato dan kacau sehingga buah tomato layu kemudian masukkan tomato puree.

Kemudian masukkan semua air , susu cair , daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila nasi dah masak boleh la di gaul perlahan-lahan nasi serta boleh la ditutup suis periuk nasi ini .


Ayam goreng kicap manis dgn nasi tomato

$
0
0
Ayam goreng kicap ni saya masak untuk dimakan dengan nasi tomato , alhamdulillah sedap dan senang nak dimasak . Perap saja ayam dengan beberapa jenis bahan , nak tambah atau kurang bahan ikut pada selera sendiri .


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam yang besar - dipotong 12 bahagian
kicap cair secukupnya
kicap pekat secukupnya
sedikit minyak bijan
sedikit serbu perasa 'secukup rasa'
minyak masak secukupnya utk deep frying

* tambah atau kurang bahan mengikut citarasa sendiri

CARA MEMASAK :
Gaul ayam bersama kicap cair , kicap pekat , serbuk perasa , minyak bijan dan garam secukupnya dalam bekas berisi ayam tadi , semua bahan digaul rata dan perap selama 4-5 jam .

Panaskan minyak yang secukupnya dan goreng semua ayam sampai masak . Bila dah masak boleh diangkat dan tos ayam . Ayam ni boleh dimakan dengan nasi putih , nasi lemak , nasi minyak , nasi tomato , nasi briyani dan lain-lain jenis nasi lagi . 

Ayam yang diperap .

Jelatah a.k.a acar mentah

$
0
0
Yum yum Malaysian salad..


BAHAN-BAHAN :

1 biji nenas masak ranum
2 biji timun Jepun
1 biji bawang besar
2 biji cili merah

BAHAN  PERISA :

Cuka makan - secukup rasa
gula dan garam - secukup rasa

CARA PENYEDIAAN JELATAH :

Kupas buah nenas dan potong kecil , bersihkan timun dan di potong kecil/nipis . Kupas kulit bawang dan dipotong nipis . Potong cili merah kecil .

Gaul semua bahan-bahan dan tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri . Acar ni elok disediakan sejam sebelum dimakan supaya semua bahan cukup mesra dgn bahan perisa .

Gulai keladi lambuk

$
0
0
Alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

3 batang keladi lambuk - anggaran pjg 12 inci
2 peket cendawan
100 grm udang kertas kecil
1 helai daun kunyit
1 1/2 cawan santan - secukupnya
1 keping asam keping
sedikit minyak untuk menumis


BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api 
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
1 batang serai - diracik
Garam kasar secukup rasa


CARA MEMASAK :

Basuh dan bersihkan batang keladi lambuk kemudian disiat kulit luar dan di potong nipis menyerong . Bersihkan cendawan dan disiat kemudian bersihkan udang dan ditos serta diketepikan dulu . 

Bersih dan kupas semua kulit bawang kemudian tumbuk lumat bawang bersama cili api , serai , kunyit hidup dan garam kasar .

Panaskan dalam 2-3 sudu besar minyak dan tumis bahan tumbuk sampai wangi dan terus masukkan santan dan kacau biar sampai hampir mendidih dan masukkan semua keladi lambuk tadi dan kacau biar sampai keladi masak . Masukkan semua udang dan daun kunyit yang diracik serta asam keping tadi dan kacau semua bahan

Boleh dimasukkan garam secukup rasa dan kacau semua bahan sehingga sekata dan biar sampai udang dan masukkan semua cendawan . Kacau lagi dan bila cendawan dah masak boleh la ditutup api dapur serta dihidangkan rendang lambuk ni .



Ni la rupa bentuk keladi lambuk , kena siat kulit dan boleh di potong kecil . Keladi ni tak perlu di rebus dulu sebelum di masak buat sayur/lauk sebab keladi ni tak gatal so boleh terus di masak .

Masak lemak cili api telur itik

$
0
0
Masak lemak telur itik ni memang lauk kegemaran anak-anak saya . Saya beli telur itik ni masa pergi kenduri kahwin di Kuala Pilah , on the way balik singgah gerai tepi jalan yang ada jual buah-buahan , itik salai , daging salai , ikan keli salai , telur masin dan telur itik . Saiz telur itik yang besar memang sedap bila di masak lemak cili api , alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN :

5 biji telur itik
5 cawan santan - kalau kurang boleh tambah
1 helai daun kunyit
1 batang serai - saiz besar
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
1 inci kunyit hidup
sedikit garam - secukupnya

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan kunyit hidup  , cili api dan ditumbuk lumat bersama garam . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama daun kunyit dan serai . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .

2 . Pecahkan sebiji telur itik dan cawan dan secara perlahan-lahan masukkan ke dalam periuk dan  kemudian masuk lagi telur itik sampai habis semua 5 biji . Perlahan kan api dapur guna api dapur sederhana atau kecil dan tutup periuk . Selepas 3-4 minit buka tutup periuk dan perlahan-lahan cuba kacau kuah dan jika telur sudah menjadi keras boleh la dikacau kuah secara perlahan , cuba pastikan telur tidak melekat di dasar periuk . Rasa kuah masak lemak jika ada bahan yang terkurang boleh ditambah , bila telur dah cukup masak boleh la ditutup api dapur.

Kucing-kucing kami

$
0
0
Selamat cuti hujung minggu ^_^

                             
Awal pagi bila pintu rumah di buka ni la rutin biasa anak-anak kucing saya , semuanya suka duduk depan pintu tengok luar . Semua kucing saya memang duduk dalam rumah saja , saya tak lepas bebas kucing-kucing saya keluar dari rumah . Tapi ikut la pada owner , ada yang memang biar kucing bebas tapi saya lebih suka bela kucing dalam rumah supaya keselamatan kucing terjamin selamat dan kebersihan/kesihatan kucing saya lebih baik , insyallah . Pada saya banyak sangat kesan/perkara negatif jika kucing di lepas hidup bebas . 

Kucing saya ni jenis DLH atau domestic long hair , cross breed antara kucing Parsi dengan kucing DLH atau dengan flat face dan juga DMH atau domestic medium hair cat . Saya teringin juga nak beli kucing pure Persian tapi memang saya tak mampu la sebab harga kucing Parsi yang asli mula dari 2K ke atas dan kalau kucing yang ada surat beranak lagi la mahal tapi kalau kita bernasib baik boleh juga dapat yang pure Persian dengan harga bawah 2K . Saya beli kucing yang harga masih mampu milik , syukur alhamdulillah dengan kucing yang kami bela ni , semuanya comel dan sihat membesar , insyallah .

Makan time nomnomnom yummmy , syukur alhamdulillah .

Saya memang suka dan sayang pada kucing , seingat saya sejak kecil saya memang dah biasa dengan kucing sebab dulu arwah kakak saya , kak Anis memang sangat sayang pada kucing . Abang Kamal dan kak Ija pun sayang kucing so dulu rumah kami dulu memang ada kucing . Anak-anak saya memang nak sangat bela kucing sejak tahun lepas lagi so pada pertengahan tahun ni saya beli kan beberapa ekor anak kucing untuk anak-anak dan untuk saya sendiri ^_^

Saya beli anak kucing dari kawan yang memang berpengalaman membela kucing so anak-anak kucing yang saya bela ni memang sihat selain tu anak-anak kucing saya ini memang dah pandai guna litter box sejak baby serta hanya makan kibbles atau biskut utk kucing . Memang senang nak jaga kucing-kucing ni . Saya nak share beberapa perkara yang penting masa nak beli kucing :

1) Perhati kan keadaan anak kucing atau kucing yang nak di beli atau yang nak di adopt tu dalam keadaan cergas happy bermain dan bukannya dalam keadaan lemah atau moyok serta diam sebab itu mungkin tanda kucing itu demam atau sakit . Perhati kan kebersihan kucing , kulit bebas dari kurap/ring worm , di celah bulu tiada serpihan putih macam kelemumur atau fungus , tiada biji-biji hitam iaitu telur kutu atau kutu yang merayap kt bulu kucing . Bulu kucing tak mudah tanggal atau gugur . Kalau gugur maknanya kulit kucing dah kena jangkitan fungus .

2) telinga kucing tiada taik telinga atau kutu dan bahagian tepi telinga tiada kurap . 

3) Mata kucing sihat dan tidak merah atau banyak taik mata , berair . Itu tanda kucing sakit mata kena jangkitan . Hidung tak berair - kalau berair maknanya kucing tak sihat selsema .

4) Jika perut kucing buncit dan bahagian badan lain kurus kering tu tanda kucing ada cacing atau ada masalah kesihatan .

5) Tanya owner atau si penjual sama ada kucing yg nak dijual sudah di bawa untuk jumpa doktor haiwan untuk di beri cucuk vaksin , di bagi ubat cacing dan ubat kutu . Jika sudah minta kad bukti dah cucuk . Kalau belum cucuk , bila dah beli kucing atau bawa balik terus bawa ke klinik haiwan untuk check-up dan boleh di vaksin dgn dos pertama . Kucing seeloknya di cucuk pada usia 3 bulan , 4 bulan dan 5 bulan atau ikut pada berat kucing jika kucing dah sampai berat  1 kilogram dah boleh di cucuk dengan dos pertama . Ubat cacing akan di beri pada umur 3 bulan , 4 bulan , 5 bulan  . Ubat kutu pun sama . Selepas check-up terakhir setiap 3 bulan kucing akan di beri ubat cacing . Kucing perlu di beri suntikan supaya badan kucing ada imuniti untuk melawan penyakit . 


Sweet kak Bubu , kucing pertama yang kami bela dan kucing paling tua dalam rumah saya ni . Kiranya Bubu ni kak long pada adik-adik yang lain . Bubu ni saya bela dari umur 2 bulan dan tahu nama dia , kalau saya panggil tu cepat je Bubu berlari datang dekat saya . Sekarang ni Bubu dan berumur 6 bulan dan sangat manja dengan saya serta anak-anak .


                           
Ni pulak si comel Bebe..love..love..


Abang Nestum yang hencem....love...love..


Princess Oyen....love..love


Adlina dengan Bebe dan Bubu...love..


Aisyah dengan Nestum dan Oyen....love..

Saya bagi kucing-kucing saya ni makanan jenis kibble premium Royal Canin dan setiap pagi vitamin Vetri HBR for cat . Seminggu sekali saya bagi wet food Royal Feast . Sebulan sekali di bawa ke Klinik haiwan untuk sesi gromming iaitu mandi , potong kuku , cuci telinga dan check-up . Kucing yang sihat insyallah akan sentiasa happy . Bila kucing sihat dan happy baru la senang kita nak jaga . 

Kucing di rumah kami ni bukan setakat haiwan peliharaan untuk anak-anak saya main tapi adalah sebahagian keluarga kami . Seronok tengok keletah dan perangai kucing-kucing saya ni , setiap kucing ada sikap tersendiri ^_^ tapi yang pastinya semua kucing-kucing saya ni suka sangat main dan aktif . Anak-anak saya sekarang ni pun dah tak jakun bila jumpa kucing kalau tak dulu pantang nampak kucing mesti nak dipegang dan diusap . So sekarang ni bila dah ada kucing sendiri anak-anak saya pun happy bebenor laa syukur alhamdulillah ^_^
Viewing all 353 articles
Browse latest View live